Kuala Terengganu: ‘The Silent Killer’ Terengganu, Ashaari Shamsuddin optimis rakan sepasukan mampu bangkit daripada kekalahan kepada Sime Darby, Sabtu lalu dengan menjadikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ‘mangsa’ di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.
Penyerang berusia 29 tahun itu yang baru meledak satu gol dalam saingan Liga Super berkata, ketika skuad Penyu diaibkan 2-3 kepada pasukan berstatus kelab itu di gelanggang sama, dia tidak turun beraksi kerana masih dibelenggu kecederaan buku lali.
“Saya yakin kami akan tampil dengan semangat baru malam esok (malam ini) selepas kami merasai betapa peritnya ketika tewas kepada Sime Darby. Malah, saya percaya ia menjadi pengajaran terbaik kepada kami.
Semangat membuak-buak
“Saya akui cukup terkilan kerana tidak mampu membantu rakan sepasukan pada perlawanan itu, sebaliknya sekadar menonton dari jauh. Semangat saya kini begitu membuka-buak untuk turun beraksi dengan ATM, tetapi semuanya bergantung kepada jurulatih (Abdul Rahman Ibrahim),” katanya semalam. - Sumber