PENGENDALI skuad Penyu, Abdul Rahman Ibrahim meletakkan sasaran awal untuk berada dalam kelompok tiga terbaik kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini, sebelum merealisasikan hasrat kerajaan negeri membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala ke bumi Terengganu.
Menurutnya, keputusan itu dilihat lebih realistik kerana jika sasaran terlalu tinggi, ia berkemungkinan bukan sahaja akan memberi tekanan malah menjadi satu beban yang perlu dipikul oleh pemain sekali gus mampu mengganggu prestasi permainan mereka.
“Saya tidak mahu perkara seumpama ini membelenggu pemain, apa yang penting kita lihat dulu persembahan mereka. Jadi sekiranya kita memberi sasaran munasabah, maka mudah kita beri rangsangan kepada pemain.
“Kita akui semua pasukan termasuk Terengganu mahukan piala, tetapi ia bukan sesuatu yang senang kerana kita juga perlu melihat kekuatan pasukan lain seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Pahang, Felda United dan Kelantan,” katanya, semalam.
Mengulas lanjut kariernya selaku ketua jurulatih sejak 30 tahun lalu, Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan musim ini musim terakhir sebagai jurulatih dan mengharapkan dapat akhirinya dengan satu kejayaan.
“Mungkin sudah tiba masanya buat diri saya dalam arena ini. Jadi, kita tengoklah macam mana keadaan kerana bagi saya kepuasan hanya hadir apabila kita meraih sesuatu kejayaan,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pengendali kem kebangsaan itu mengakui sasaran awal tersebut, dia yakin anak buahnya mampu bekerja keras merealisasikannya.
Katanya, tugas utamanya ketika ini adalah terus memantapkan pasukan dan ia terserah kepada pemain mencapai kejayaan. - SINAR HARIAN